Latihan & Soalan

Penjodoh Bilangan


... bidang ... bentuk ... baris ... bilah ... bungkus ... buku ... 
... carik ... biji ... cubit ... buah ... angkatan ... berkas ...

1. Emak memasukkan se ____________ garam ke dalam sup yang belum cukup masin itu.

2. Pak Abu mempunyai se ___________ tanah yang luas.

3. Se ____________ tentera darat telah di hantar ke sempadan untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh.

4. Emak menjinjing bse __________ bakul lalu berjalan menuju ke pasar.

5. Kedudukan murid dalam ______________ yang ketiga tidak selari. 

6. Bapa menghadiahkan emak se _____________ cincin berlian semasa ulang tahun perkahwinan mereka yang kesepuluh.

7. Beberapa _____________ pedang yang berkarat telah dijumpai di dalam hutan yang tebal itu. 

8. Pekerja tua itu sedang mengheret se _______________ kayu yang berat.

9. Kakak membeli se ____________ roti dan dua ______________ nasi lemak di pasar raya itu.

10. Terdapat beberapa _____________ kain dan tiga ______________ mangkuk kecil di atas meja itu.
_________________________________________________
Latihan Penjodoh Bilangan


_________________________________________________

Kata Nama Am 

Gariskan Kata Nama Am  dan bulatkan Kata Nama Khas yang terdapat dalam ayat berikut

1. Puan Jayalily membeli sebuah komputer di Syarikat Elektronik Hitech.

2. Hamid dan kawan-kawannya akan berkelah di pantai Port Dickson pada cuti semester yang akan datang.

3. Rohaya terpaksa berhenti sekolah untuk membantu ibunya menjalankan perniagaan.

4. Adik suka membaca buku cerita " Si Katak yang sombong".

5. Walaupun miskin, Azlina tetap berhajat untuk melanjutkan pelajaran hingga ke universiti.
___________________________________________________
Kata Ganti Nama
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan kata nama diri yang sesuai
  1. Menteri Pelajaran akan melawat ke sekolah saya. __________ akan merasmikan bangunan baru sekolah.
  2. "Mengapakah _______________ tidak hadir ke sekolah semalam?" tanya Cikgu Hamdan kepada Salmah.
  3. _____________ bekerja sebagai kerani di sekolah itu.
  4. "_____________ akan menyiapkan kerja sekolah itu dengan segera," kata Cheong dan Halim.
  5. ______________ patut mengibarkan Jalur Gemilang sempena ulang tahun hari kemerdekaan negara.
  6. Sultan Mansur merupakan sultan yang peramah. ______________ selalu bergaul dengan rakyat jelata.
____________________________________________________
Kata Kerja
Tulis kata kerja yang sesuai bagi tempat kosong di bawah 
... tersenyum ... mengasah ... memungut ... memarut ... menganyam ...
  1. Nenek mahir _____________ tikar mengkuang.
  2. Cikgu Marsitah ____________ buku-buku latihan.
  3. Ayah ___________ kapak yang tumpul itu.
  4. Rozilan ____________melihat gelagat adiknya.
  5. Emak ___________ kelapa dengan menggunakan mesin parut. 
____________________________________________________

Kata Hubung
Gariskan kata hubung yang betul dalam ayat-ayat berikut
  1. Kucing kesayangannya akan mati ( jika , manakala , dan ) tidak diberikan rawatan segera.
  2. ( Melainkan , Walaupun , Jikalau ) sudah larut malam , bapa masih belum pulang ke rumah lagi.
  3. Ibu menyiang ikan ( sementara, sambil , atau ) menyanyi.
  4. Tingkap-tingkap rumah dipasang dengan langsir ( selagi , supaya , kecuali ) kelihatan lebih ceria lagi.
  5. Wajah kakak kelihatan pucat ( hingga , kerana , sementara ) dia baru pulih daripada sakit.
  6. Kesemua anaknya menuntut di universiti ( kecuali , dan , atau ) anak bongsunya.
______________________________________________________________ 
Kata Adjektif 
Gariskan kata adjektif yang betul dalam ayat-ayat di bawah
  1. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh ( indah , tampan , ayu ) pada waktu senja.
  2. Ibu berasa ( gembira , sedih , kecewa ) apabila kucing kesayangannya mati.
  3. Kakak menyembur minyak ( wangi , busuk , manis ) selepas bersolek.
  4. Murid-murid sedang menendang bola di padang yang ( pendek , luas, tinggi ) itu.
  5. Kami berasa ( gembira , bimbang , riang ) kerana bapa belum pulang lagi walaupun sudah larut malam.
  6. Mei Lan kelihatan ( ayu , hodoh , kempis ) apabila memakai baju kebaya.
___________________________________________________ 
Kata Tanya

Isi tempat kosong di bawah dengan kata tanya yang sesuai
... Di manakah ... Apakah ... Mengapakah ... Bagaimanakah ... Berapakah ... Bilakah ... Ke manakah ... Siapakah ...
  1. ___________ kamu menjumpai kucing yang malang itu?
  2. ___________ adik menangis teresak-esak ?  
  3. ___________ masalah yang kamu hadapi ?
  4. ___________ Hamidah datang ke sekolah ?
  5. ___________ kereta bomba itu menuju ?
  6. ___________ kebakaran itu terjadi ?
  7. ___________ yang akan merasmikan majlis tersebut ?
  8. ___________ jumlah keseluruhan peserta yang terlibat dalam larian amal itu?
_________________________________________________
Kata Seru
Tandakan ( / ) bagi ayat seruan yang betul.
  1. Aduhai , sakit sungguh hatiku ini ! .....................................(     )
  2. Nah , rasakan tendanganku ! ............................................(     )
  3. Amboi , terusik betul hati dengan kata-katanya ! .............. (     )
  4. Ah , biarlah dia yang menyelesaikan masalah itu ! ............. (     )
  5. Cis , jangan engkau cuba berdalih lagi ! ............................ (     )
_________________________________________________
Simpulan Bahasa
Isikan tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
... anak emas ... makan angin ... banyak cakap ... anak buah ... bekas tangan ... langkah kanan ... anak angkat ... air muka ...  berat mulut ... ajak-ajak ayam ...
  1. Pak Cik Hooi sungguh ____________ hari ini. Sebaik sahaja tiba, dia dihidangi juadah istimewa sambutan hari jadi anak buahnya.
  2. Kami sekeluarga telah _________ di Pulau Langkawi pada cuti semester yang lalu.
  3. Penghulu kampung itu mengarahkan ___________nya membersihkan kawasan balai raya pada hujung minggu ini.
  4. _____________ Mak Cik Zahara sungguh kreatif, dia banyak mendapat tempahan.
  5. Walaupun Halim ______________ Puan Halimah, tetapi dia disayangi seperti anak sendiri.
  6. Ah Chong dimarahi oleh cikgu kerana _______________ semasa cikgu sedang mengajar.
  7. ___________ gadis yang sedang berdiri di perhentian bas itu ayu sekali.
  8. Mazuin ialah __________ Encik Zahari, apa yang dimintanya pasti ditunaikan.
  9. Budak yang ___________ itu tidak mempunyai kawan. Dia selalu bersendirian.
  10. Saya tidak akan hadir ke majlis jari jadi Mei Ling kerana dia _________________ sahaja.
____________________________________________________
 

1 comment: